21-23 September 2010
Akhirnya kemuncak pencapaian pelajar telah kunjung tiba apabila peperiksaan UPSR yang berlangsung di seluruh negara memulakan aksinya. Kesemua pelajar memerah tenaga dan minda untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan ini selepas 6 tahun bertungkus lumus. Ini adalah bagi membuktikan kemampuan mereka dalam pelajaran
Sekolah kita yang mempertaruhkan 26 orang calon berharap agar peratusan lulus tahun 2010 akan meningkat selepas berjaya mendapat 30% lulus pada tahun lepas. Kita juga berharap dapat menghantar beberapa pelajar ke sekolah menengah di tanah besar agar pelajar ini lebih terbuka dengan dunia luar sepertimana yang telah dialami oleh beberapa pelajar sekolah ini di tahun-tahun yang lalu. Mari kita sama-sama doakan kejayaan anak-anak kita agar mereka dapat membela nasib keluarga dan masyarakat di Pulau Banggi ini.