SELAMAT DATANG DAN AHLAN WASAHLAN



SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK BATU LAYAR
اهلا وسهلا ومرحبا بكم الي مجالنا الإنترنيت
WELCOME TO OUR SITE

Dapatkan info-info terkini dari sekolah kami dan buat guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah ini, kami ucapkan selamat bertugas. Kami memerlukan anda !!!! Kami memohon maaf kerana blog ini masih dalam proses penyelenggaraan...Insya-Allah akan dinaiktaraf dalam masa terdekat.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2012 INI.

Wednesday, January 2, 2013

SESI BARU PERSEKOLAHAN 2013

2 JANUARI 2013

Pada hari ini bermula sesi baru persekolahan 2013 dan murid-murid tiba di sekolah dalam suasana cuaca yang baik. Namun paling menarik perhatian adalah murid tahun 1 yang baru penuh dengan gelagat. Akan tetapi apa yang menakjubkan adalah murid-murid kini tidak lagi mengek dan menangis kerana tiada ibu bapa menemani. Keadaan seperti amat memberangsangkan dengan minggu orentasi yang dijalankan ke atas mereka pada hari ini. Semoga pada tahun ini anjakan paradigma dapat direalisasikan bukan sahaja di kalangan guru bahkan murid-murid juga agar peningkatan perkembangan pendidikan di sekolah lebih memberangsangkan.

Saturday, November 3, 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

2 - 3 NOVEMBER 2012





 Bertempat di SK Batu Layar Banggi telah berlangsung perkhemahan Unit Beruniform melibatkan Persatuan Pengakap  dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu titik tolak mengaktifkan unit beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah daerah Banggi. Dalam perkhemahan kali ini, antara aktiviti yang dijalankan ada untuk menganugerahkan kelulusan lencana keahlian kepada ahli pengakap serta memberi pengalaman kepada mereka tentang cara-cara memasang khemah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sistem stesen, sayang si buta dan pada pagi Sabtu acara d'bris dijalankan iaitu gotong-royong sepanjang perjalanan sekolah ke Perumahan Agropolitan. Ini adalah sebagai tanda khidmat masyarakat di peringkat awal lagi. Perkhemahan kali ini dirasmikan penutupannya oleh Encik Ibrahim Basiri Penyelia Pelajaran Banggi. Antara pemimpin yang turut sama membantu aktiviti kali ini iaitu En. Faisal bin Jikal Pesuruhjaya Daerah Banggi dan En. Zaini Etong Ahli Majlis Pengakap Daerah Kudat.

Tuesday, October 23, 2012

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

23 OKTOBER 2012

Sekitar Kem Membaca 1Malaysia peringkat SK Batu Layar Banggi





Saturday, October 20, 2012

SAMBUTAN 90 TAHUN PENGAKAP KUDAT

 19 - 20 OKTOBER 2012

Bertempat di SMK Kudat II telah berlangsung Sambutan Ulangtahun 90 tahun Pengakap Kudat yang melibatkan semua ahli pengakap seluruh Kudat dan Banggi. Buat pertama kalinya, Banggi yang diketuai Pesuruhjayanya En. Faisal Jikal telah menghantar perwakilan seramai 10 pengakap kanak-kanak dan 7 orang pemimpin. 8 pkk dari SK Lok Tuhog dan 2 pkk dari SK Batu Layar. Dalam sambutan tersebut, semua ahli telah berkhemah di padang SMK Kudat II dengan cabaran hujan yang berpanjangan, namun semuanya berjalan lancar. Program yang sepatutnya dijalankan di Dataran Tomborungus dibatalkan akibat hujan seawal pagi sabtu lagi. Akhirnya, sambutan dirasmikan oleh YB Datuk Teo Chee Kang, ADUN N2 Tanjung Kapor Kudat. Seramai 600 pengakap berkumpul untuk meraikan sambutan tersebut. Panorama boleh dilihat di sini.
PERWAKILAN BANGGI

PERWAKILAN SEKOLAH