SELAMAT DATANG DAN AHLAN WASAHLAN



SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK BATU LAYAR
اهلا وسهلا ومرحبا بكم الي مجالنا الإنترنيت
WELCOME TO OUR SITE

Dapatkan info-info terkini dari sekolah kami dan buat guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah ini, kami ucapkan selamat bertugas. Kami memerlukan anda !!!! Kami memohon maaf kerana blog ini masih dalam proses penyelenggaraan...Insya-Allah akan dinaiktaraf dalam masa terdekat.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2012 INI.

Profil Sekolah


SK Batu Layar merupakan sebuah sekolah yang terletak di utara Sabah di bawah daerah Kudat dan membangun di Pulau Banggi. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1999 dan terletak di kawasan Batu Layar, Pulau Banggi. Penubuhan sekolah ini berpunca daripada usaha Ketua JKK masa itu Encik Moluddin Maliwat bersama penduduk Kg. Batu Layar mengadakan perbincangan dengan Penyelia Pendidikan Daerah (K) Banggi ketika itu, iaitu Encik Abdul Kadir Bin Junidil. Hal ini kerana pelajar-pelajar dari perkampungan tersebut berada pada lokasi yang agak jauh daripada sekolah terdekat seperti SK Limbuak dan SK Lok Tuhog. Kemudian, keputusan perbincangan itu disampaikan kepada Pegawai Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara Kota Belud, Encik Abdul Rahaman Bin Haji Sidek.

Akhirnya, pembinaan bangunan untuk sekolah tersebut telah dilakukan oleh penduduk kampung secara bergotong royong dan SK Batu Layar yang telah siap ketika itu hanya bertindak sebagai sekolah cawangan kepada SK Limbuak dengan pelajar seramai 35 orang pelajar dan seorang guru.

Pada tahun 2000, sekolah ini mendapat peruntukan pembinaan sebuah bangunan yang menempatkan tiga buah bilik darjah dan seorang Guru Besar (MTGB) ditempatkan di sekolah ini sebagai pentadbir dengan pertambahan bilangan guru seramai 4 orang dan bilangan murid kekal 35 orang. Dan pada tahun tersebut juga, sekolah ini dipisahkan dari SK. Limbuak apabila Jabatan Pendidikan Sabah memperuntukkan kod sekolah untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah pusat. Pada tahun 2001 seorang Guru Besar Hakiki DGA32 ditempatkan sekaligus mengiktiraf kewujudan sekolah ini sebagai salah sebuah daripada 14 buah sekolah dan yang termuda di Pulau Banggi.

Terletak lebih kurang 9 kilometer dari Pekan Karakit, iaitu pusat pentadbiran bagi daerah kecil Pulau Banggi berkedudukan yang strategik kerana terletak berhampiran jalan raya utama. Majoriti pelajar di sekolah ini datang dari 4 buah kampung iaitu Kg. Batu Layar, Perumahan PPMS Agropolitan, Kg. Lumais dan Kg. Timbang Dayang. Sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan raya utama kerana ia terletak di tepi jalan utama yang berturap. Untuk ke Banggi, 4 buah feri ketika ini iaitu Sri Labuan 5, Sri Labuah 7, Kudat Ekspres dan Banggi Ekspres sentiasa membawa anda ke pulau ini dengan selamat.
Pulau batu berbentuk layar

Pada tahun 2006, SK Batu Layar telah mendapat Anugerah Sekolah Harapan kategori Pulau Peringkat Kudat hasil usaha gigih para gurunya mengembling tenaga untuk memajukan lagi sekolah ini.

Tahun silih berganti, kini SK Batu Layar telah menjangkau usia sedekad dan semakin pesat dibangunkan dengan kemudahan yang pelbagai. Dengan sebuah bangunan Pra Sekolah dan 6 buah kelas kabin serta quarters guru konkrit, sekolah ini akan mengharungi masa dan cabaran untuk menjadi sebuah sekolah yang unggul di Pulau Banggi biar pun kekurangan dari segi akomodasi dan fasiliti atas dasar pendidikan untuk anak bangsa khasnya penduduk kampung di sekitar sekolah.


Daerah Kecil Banggi


Pengangkutan utama ke Banggi













Jumlah guru kini adalah seramai 16 orang dengan dibantu oleh KTBM seramai 3 orang. Jumlah murid setakat 2012 adalah seramai 174 orang yang terdiri dari Kaum Bonggi,Ubian,Suluk,Bajau  dan ain-lain. Sekolah ini berada dalam kategori Pedalaman Dua (Pulau).


LOGO & MOTO SEKOLAH


BERINTELEK ,  PROGRESIF



VISI

"KUALITI DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

No comments:

Post a Comment