Pada tanggal 30 Ogos 2010 bertempat di beberapa venue di SK Batu Layar telah diadakan Sambutan Kemerdekaan yang ke 53 dengan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang hari. Di awal pagi lagi, telah berlangsung perarakan pelajar-pelajar sambil melambai kepada guru-guru di pentas utama bermula dari pra sekolah hingga ke tahun 6. Selepas itu, diikuti dengan ucapan-ucapan daripada guru-guru dan akhir sekali dengan laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali yang diketuai oleh Guru Besar Cikgu Asmun Amut.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bendera dan suasana kemerdekaan untuk semua tahap dan kuiz kemerdekaan kepada tahap 2. Memeriahkan lagi suasana adalah dendangan lagu-lagu patriotik yang menaikkan lagi semangat pelajar dalam menjalankan aktiviti serta tayangan perdana filem Bukit Kepong. Akhir sekali adalah majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dan semoga sambutan ini dapat diadakan dengan lebih meriah pada tahun yang akan datang.