SELAMAT DATANG DAN AHLAN WASAHLAN



SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK BATU LAYAR
اهلا وسهلا ومرحبا بكم الي مجالنا الإنترنيت
WELCOME TO OUR SITE

Dapatkan info-info terkini dari sekolah kami dan buat guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah ini, kami ucapkan selamat bertugas. Kami memerlukan anda !!!! Kami memohon maaf kerana blog ini masih dalam proses penyelenggaraan...Insya-Allah akan dinaiktaraf dalam masa terdekat.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2012 INI.

Saturday, November 20, 2010

ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 2010

18 November 2010

Bertempat di Kelas Tahun Satu bangunan kabin sekolah, telah berlangsung majlis anugerah kecemerlangan yang dianjurkan secara sederhana. Acara penutup bagi tahun 2010 tersebut telah dirasmikan oleh En. Ibrahim Nasiri, Penyelia Pelajaran (D) Banggi bermula seawal pagi. Majlis tersebut turut diserikan dengan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah buat pertama kalinya dengan seramai 22 orang pelajar menerima sijil tamat pra sekolah.
Dalam majlis tersebut telah diumumkan beberapa anugerah antaranya anugerah pelajar Mithali yang diberikan kepada adik Siti Ratna bt. Kelana kerana berjaya mendapat 3A 2B dalm uPSR disamping aktif dalam kokurikulum dan disukai oleh para guru. Sama-sama kita saksikan warna-warni majlis tersebut

Wednesday, October 27, 2010

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP BANGGI 2010


9 November 2010


Selepas mengharungi perlawanan selama hampir 4 minggu, perlawanan badminton tertutup Banggi telah sampai ke kemuncaknya. Perlawanan akhir antara pasukan Klinik A menentang Batu Layar Team telah selesai dengan kemenangan 3-1 kepada pasukan klinik A. Kemenangan ini disumbangkan oleh beregu pertama, kedua dan perseorangan lelaki mereka. Manakala Batu Layar Team pula mendapat mata pertama mereka melalui perseorangan wanita.

Tempat ketiga dikongsi bersama oleh pasukan Limbuak B dan tuan rumah pasukan SK Batu Layar A. Majlis penutupan hari tersebut dirasmikan oleh penaja utama kejohanan Y.B Abd Mijul Hj Unaini, ADUN N1 Banggi. Penutupan yang gilang-gemilang itu berakhir sekitar jam 6 dan semua pasukan membawa hadiah masing-masing.

Friday, September 24, 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

21-23 September 2010

Akhirnya kemuncak pencapaian pelajar telah kunjung tiba apabila peperiksaan UPSR yang berlangsung di seluruh negara memulakan aksinya. Kesemua pelajar memerah tenaga dan minda untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan ini selepas 6 tahun bertungkus lumus. Ini adalah bagi membuktikan kemampuan mereka dalam pelajaran

Sekolah kita yang mempertaruhkan 26 orang calon berharap agar peratusan lulus tahun 2010 akan meningkat selepas berjaya mendapat 30% lulus pada tahun lepas. Kita juga berharap dapat menghantar beberapa pelajar ke sekolah menengah di tanah besar agar pelajar ini lebih terbuka dengan dunia luar sepertimana yang telah dialami oleh beberapa pelajar sekolah ini di tahun-tahun yang lalu. Mari kita sama-sama doakan kejayaan anak-anak kita agar mereka dapat membela nasib keluarga dan masyarakat di Pulau Banggi ini.

Monday, August 30, 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH






Pada tanggal 30 Ogos 2010 bertempat di beberapa venue di SK Batu Layar telah diadakan Sambutan Kemerdekaan yang ke 53 dengan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang hari. Di awal pagi lagi, telah berlangsung perarakan pelajar-pelajar sambil melambai kepada guru-guru di pentas utama bermula dari pra sekolah hingga ke tahun 6. Selepas itu, diikuti dengan ucapan-ucapan daripada guru-guru dan akhir sekali dengan laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali yang diketuai oleh Guru Besar Cikgu Asmun Amut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bendera dan suasana kemerdekaan untuk semua tahap dan kuiz kemerdekaan kepada tahap 2. Memeriahkan lagi suasana adalah dendangan lagu-lagu patriotik yang menaikkan lagi semangat pelajar dalam menjalankan aktiviti serta tayangan perdana filem Bukit Kepong. Akhir sekali adalah majlis penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dan semoga sambutan ini dapat diadakan dengan lebih meriah pada tahun yang akan datang.

Sunday, August 22, 2010

MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA YAYASAN SABAH




19 Ogos 2010 / 9 Ramadhan 2010

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, buat pertama kalinya pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pihak Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara yang bertempat di Kelas tahun 1&2 SK Batu Layar. Dalam majlis tersebut yang turut diadakan penyerahan sumbangan 30 helai sejadah daripada Yayasan Sabah kepada pihak sekolah, Encik Jikim Rumangun yang mewakili Pegawai Tadbir En. Saberin Sindah berkata, beliau amat berharap agar pada tahun mendatang agar majlis ini diadakan secara besar-besaran dan meriah. Majlis yang tamat pada jam 9 itu turut diserikan dengan solat tarawih berjemaah dan jamuan makan malam.

Friday, August 6, 2010

KLINIK KECEMELANGAN UPSR 2010





3 - 4 OGOS 2010

Bertempat di Kelas Tahun 6, seperti kebiasaannya, telah diadakan Program Klinik KEcemerlangan UPSR yang dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajat tahun 6 tahun ini dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan mendapat 5A. Di samping itu, klinik ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui skema pemarkahan dalamsubjek-subjek yang diambil dan pemerhatian lebih perlu diberikan pada sektor tertentu dalam kertas peeperiksaan.

Klinik yang disertai oleh 26 orang pelajar tahun ini telah dibantu dengan 4 orang penceramah jemputan dari beberapa buah sekolah jiran yang terdekat seperti SK Karakit, SK Lok Tuhog dan SK Limbuak. Dalam klinik ini juga telah diserikan dengan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh En. Jikim Rumangun yang turut mewakili En. Saberin Sindan untuk merasmikan penutupan klinik tersebut. Harapan pihak sekolah adalah agar pelajar dapat mengambil kesempatan dan peluang yang telah diberikan dan diaplikasikan sepenuhnya dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.

Wednesday, July 14, 2010

SEMESTER KEDUA BERMULA

Permulaan semester kedua tahun 2010 berjalan dengan lancar dan baik. Persiapan menjelang peperiksaan UPSR semakin rapi dan kesibukan para guru tidak dapat digambarkan. Peperiksaan excel dijalankan,klinik motivasi akan dijalankan dan macam-macam lagi program untuk melihat kejayaan anak-anak SK Batu Layar.

Sedikit menyedihkan apabila beberapa individu penting sekolah telah bertukar ke sekolah lain untuk meneruskan khidmat mereka. Cikgu Khairul Akmam telah meninggalkan sekolah untuk berpindah ke SK Bota Kiri di tempat kelahirannya sendiri iaitu Perak sselepas hampir setahun setengah berkhidmat di sekolah ini.

Kemudian, kita dikejutkan lagi dengan perpindahan mengejut oleh Penolong Kanan Satu yang banyak berjasa untuk sekolah ini, Cikgu Frasil Lahuddin, apabila mendapat kenaikan pangkat ke jawatan DG32 hakiki di SK Lok Tuhog. Semoga mereka berjaya di sekolah baru seperti mana mereka berjaya di sekolah ini.

Wednesday, June 2, 2010

LAWATAN TIMBALAN KETUA NAZIR PERSEKUTUAN



24 MEI 2010

Memandangkan cuti semester pertama semakin hampir, satu lawatan mengejut telah dilakukan ke atas pulau Banggi di mana hampir 30 orang daripada Bahagian Nazir Persekutuan dan Negeri telah berkampung selama sehari di sekolah-sekolah di Pulau Banggi.

SK Batu Layar sendiri tidak terlepas menerima kunjungan mereka dan sekolah menerima 2 orang yang salah seorangnya merupakan Timbalan ketua Nazir Persekutuan Pn. Esah bersama Pn. Hasnah dari Nazir negeri Sabah. Kedatangan beliau adalah untuk membantu guru-guru menyelesaikan beberapa permasalahan terutama yang berkaitan dengan rekod pengajaran harian dan kedatangan para guru ke sekolah.

Pemeriksaan dilakukan seawal pagi lagi sehingga menjelang 1.00 petang dengan setiap guru diberi komentar dan pandangan dalam memajukan lagi tugas profesion keguruan ini. Semoga lawatan ini dapat memautkan mahabbah dan ukhuwah pihak sekolah dengan persekutuan dan kita harap akan ada lagi lawatan sebegini untuk memberi ransangan kepada pihak sekolah untuk lebih berjaya.

Wednesday, May 19, 2010

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP BANGGI



12 APRIL - 11 MEI 2010

Bertempat di padang utama SK Batu Layar, telah dilangsungkan kejohanan bola sepak 7 sebelah tertutup Banggi yang julung-julung kali dianjurkan sekolah ini dengan kerjasama dari Yayasan Sabah Kudat. Kejohanan yang mengambil masa hampir 4 minggu ini telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan penutupannya oleh En. Saberin Sindan, Pegawai Tadbir Yayasan Sabah zon PBU Kdat pada 11 Mei lalu tepat jam 6 petang.

Kejohanan kali ini merupakan salah satu daripada kejohanan daerah Banggi yang hanya tertutup kepada mereka yang bermastautin di Banggi sahaja. Antara kejohanan yang terbaik pernah dianjurkan di Banggi setakat ini kerana pertikaian atau pergaduhan tidak berlaku dengan bantuan daripada pihak polis karakit.

Penyertaan yang memberangsangkan daripada masyarakat sekitar apabila 13 buah pasukan berentap merebut kejuaraan kali ini. Perlawanan berlangsung dengan peringkat liga kmpulan A dab B. Selepas beberapa minggu berentap, akhirnya pasukan yang berjaya masuk ke pusingan separuh akhir adalah pasukan tuan rumah Batu Layar A, Belia Banggi, SMK Banggi dan FUESB. Namun tuan rumah terpaksa akur kepada penentuan syiling yang menyebabkan pasukan sekolah ditewaskan dengan sepakan sudden death. Sekali lagi pasukan sekolah dikecewakan dengan sepakan penalti akhir dalam penentuan temapt ketiag dan keempat.

Pasukan Belia Banggi berjaya menjuarai kejohanan kali ini selepas menewaskan SMK Banggi 1-0 dan FUESB mendapat tempat ketiga.

Thursday, April 29, 2010

MERENTAS DESA SK LIMBUAK 2010



Sekolah sekali lagi menyertai pertandingan merentas desa tahun kedua anjuran SK Limbuak Banggi yang diadakan pada 29 April 2010. Pertandingan kali ini disertai oleh lebih kurang 70 orang pelajar daripada 5 buah sekolah yang menyertai. Sekolah menghantar 10 orang peserta dengan 5 lelaki dan 5 perempuan. Kejohanan merentas desa yang kali ini dirasmikan oleh En.Anuar Ismail, Ketua unit Sains & Matematik PPD Kudat mewakili pegawai pelajaran Kudat diserikan dengan pertandingan tarik tali 3 penjuru antara ibu bapa dan guru-guru serta lawatan ke menara Bonggi yang dibina di perkarangan sekolah tersebut.

Dalam pertandingan yang lepas, sekolah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara perempuan. Malangnya pada tahun ini kita hanya mampu mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki. Akan tetapi kesemua peserta sekolah yang diiringi oleh Cikgu Armas Malanu, Cikgu Jumat Tangkoko dan Ust. Mohd Haafiz berjaya mendapat tepat dalam senarai 20 pelari terbaik. Hanya seorang sahaja yang tidak berjaya mendapat tempat. Semoga kejohanan akan datang peserta kita akan lebih menonjol dan mengharumkan nama sekolah.

Lelaki - Mohd Ruslee Saiduna(3), Maslan Ali Osman(6), Halifatul Muslimin(8), Arman Alban(11), Zazilin(18)
Perempuan - Nurnadilla Tuarah(15), Norsila Amin(16), Darnie Isnirin(17), Haslizah Hercules(20), Inah Shapree

Saturday, April 17, 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU




17 APRIL 2010

Untuk kesekian kalinya, Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Batu Layar telah mengadakan Kem Bestari solat fasa satu bagi pelajar sasaran tahun satu. Dengan penyertaan semua pelajar tahun satu seramai 19 orang, 4 kumpulan telah dibahagikan kepada 4 orang fasilitator yang terdiri dari guru-guru yang mengajar tahun satu iaitu Cg. Rahimah, Cg. Fatimah, Cg. Monalinda dan Ust. Haafiz.

Kem tersebut mengajar kepada pelajar tatacara berwuduk yang betul serta rukun perbuatan dalam solat. Walaupun agak ringkas akan tetapi ia amat sesuai dengan tahap kemampuan penerimaan pelajar tahun satu ini. Kesannya dapat dilihat dalam praktikal yang dilakukan serta kuiz yang diadakan diakhir kem. Pelajar tampak bersemangat dan menjawab dengan rasa yakin dan gembira.

Kem ini juga diserikan lagi dengan ucapan semangat dari guru besar yang berharap agar pelajar dapat mengambil manafat sepanjang bersama guru-guru pengajar dan mempraktikkannya di rumah serta di mana sahaja mereka berada. InsyaAllah jika tiada halangan, semester kedua akan menyusul Kem Bestari Solat fasa 2 bagi tahun dua pula.

Saturday, April 3, 2010

MSSM KUDAT 2010



23-26 MAC 2010

Bersempena MSSM peringkat daerah Kudat yang lalu, MSS zon Banggi juga telah menghantar peserta hasil pemilihan dari MSSD Banggi baru-baru ini. Sekolah kita tidak ketinggalan dari disenaraikan apabila olahragawan 2010 Mohd Ali Hercules, pemenang pingat emas lompat jauh Mohd Hairul Amat dan atlet pecut perempuan Emiliah bt Tuarah telah menyertaim MSSM kali ini dengan diiringi oleh Ust Mohd Haafiz.

Boleh dibanggakan apabila Zon Banggi berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan menduduki tempat ke-4 daripada 8 zon yang bertanding serta merupakan kejayaan emas pertama dikecapi selepas hampir 11 tahun tidak mendapat sebarang pingat. Walaupun pelajar kita tidak memenangi sebarang pingat dalam MSSM kali ini, namun mereka tetap memberikan saingan kerana rata-rata mereka ini berjaya masuk sehingga ke peringkat akhir. Semoga pada masa akan datang Banggi akan mampu melahirkan lebih ramai atlet yang berkaliber dan berjaya.

Saturday, March 13, 2010

MAULIDUR RASUL 2010


5 MAC 2010
SK Batu Layar sekali lagi menyertai pertandingan sepanduk dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Banlggi 2010. Sambutan yang dirasmikan oleh YB ADUN N1 Banggi Tn Mijul Hj. Unaini dan diserikan dengan ceramah hebat oleh Ust Abu Hurairah dan persembahan kompang undangan dari Papar.
Selepas 5 tahun tidak menyertai, kita sekali membuat kemunculan selepas beberapa kali menjadi johan beberapa tahun yang lalu. Namun kali ini, nasib kurang menyebelahi apabila sekolah hanya menduduki tempat kedua daripada 5 buah sekolah yang menyertai. Usaha tangga kejayaan, hasil titik peluh guru-guru dan staf sekolah yang bertungkus-lumus menyiapkan sepanduk, kejayaan ini tetap disyukuri dan menjadi kayu pengukur agar kita membuat yang lebih baik pada tahun depan InsyaAllah.

JUARA MSSZ BANGGI 2010 !

23-24 FEBRUARI 2010

Tahun 2010 merupakan antara tahun terbsik sekolah dalam bidang sukan. Merangkul kejuarann buat kali ke-2 sejak 3 tahun lalu, sekolah membuktikan keunggulan dengan kutipan 5 emas dan 1 perak dan mendapat pingat dalam semua acara yang dipertandingkan. Mereka yang mengharumkan nama sekolah adalah Muhd Ali Hercules dengan 3 emas bagi acara 100M, 200M, 4x100M dan 1 perak dalam 4x200 sekaligus dinobatkan sebagai olahragawan MSS 2010 dan mewakili daerah Kudat. Turut berjaya juga adalah Mohd Hairul Amat yang mendapat 2 emas dari acara lompat jauh dan 4X100M dan 1 perak dalam 4x200M. Manakala Muhd Ruslee Saiduna dan Mohd Zazilin Abd Rasin masing-masing 1 emas dalam 4x1ooM dan 1 perak dalam 4x200M. Acara lompat tinggi pula menyaksikan Mohd Faizul Abd Baril menggondol emas dan Jamain Mrad pula menambah perak kedua dalam acara lontar peluru.

Kejayaan ini sekaligus menaikkan kembali nama sekolah selaku kuasa besar sukan di Pulau Banggi dan disegani kawan dan lawan. Dalam acara perbarisan, sekolah mendapat tempat ketiga setelah beberapa tahun tidak memenangi sebarang piala.

SUKAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH 2010

3 FEBRUARI 2010



Tahun 2010 merupakan tahun pertambahan pelajar di SK Batu Layar. Ini membolehkan sekolah mengadakan sukan sekolah untuk memilih seberapai ramai atlet yang akan dihantar kr MSSZ Banggi. Dan ini terbukti apabila ramai bakat baru ditemui sekaligus membolehkan sekolah menghantar 2 atlet untuk setiap acara dipertandingkan.



Dalam kejohanan yang berlangsung, rumah biru telah menjadi juara keseluruhan apabila memperlohei 6 emas, 1 perak dan 4 gangsa yang dibolot dalam acara balapan. Adik Mohd Hairul Amat dari rumah merah ditabalkan sebagai olahragawan 2010 kerana mendapat 3 emas manakala adik Noradilla Tuarah sebagai olahragawati dengan 2 emas 1 perak.

LAWATAN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA - DATUK DR. PUAD ZARKASHI


12 JANUARI 2010

Menjadi pembuka tirai 2010 persekolahan adalah suatu yang membanggkan bagi tahun-tahun penubuhan SK Batu Layar. Rombongan lawatan yang turut dihadiri oleh isteri beliau, ADUN N.1 Banggi Tn Mijul Hj Unaini, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Tn Hj Muhyidin Yusin dan beberapa jawatan penting dalam kementerian pelajaran Malaysia.


Dalam lawatannya, beliau akan cuba menyelesaikan masalah kekurangan guru terutamanya guru Bahasa Inggeris dan beliau juga telah melakukan lawatan ke kelas tahun 1 dan 6. Dalam pada itu, beliau telah menjanjikan satu hadian kepada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tahun ini dengan lawatan ke Sunway Lagoon selama 3 hari - 2 malam.