17 APRIL 2010
Untuk kesekian kalinya, Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Batu Layar telah mengadakan Kem Bestari solat fasa satu bagi pelajar sasaran tahun satu. Dengan penyertaan semua pelajar tahun satu seramai 19 orang, 4 kumpulan telah dibahagikan kepada 4 orang fasilitator yang terdiri dari guru-guru yang mengajar tahun satu iaitu Cg. Rahimah, Cg. Fatimah, Cg. Monalinda dan Ust. Haafiz.
Kem tersebut mengajar kepada pelajar tatacara berwuduk yang betul serta rukun perbuatan dalam solat. Walaupun agak ringkas akan tetapi ia amat sesuai dengan tahap kemampuan penerimaan pelajar tahun satu ini. Kesannya dapat dilihat dalam praktikal yang dilakukan serta kuiz yang diadakan diakhir kem. Pelajar tampak bersemangat dan menjawab dengan rasa yakin dan gembira.
Kem ini juga diserikan lagi dengan ucapan semangat dari guru besar yang berharap agar pelajar dapat mengambil manafat sepanjang bersama guru-guru pengajar dan mempraktikkannya di rumah serta di mana sahaja mereka berada. InsyaAllah jika tiada halangan, semester kedua akan menyusul Kem Bestari Solat fasa 2 bagi tahun dua pula.
No comments:
Post a Comment