SELAMAT DATANG DAN AHLAN WASAHLAN



SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK BATU LAYAR
اهلا وسهلا ومرحبا بكم الي مجالنا الإنترنيت
WELCOME TO OUR SITE

Dapatkan info-info terkini dari sekolah kami dan buat guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah ini, kami ucapkan selamat bertugas. Kami memerlukan anda !!!! Kami memohon maaf kerana blog ini masih dalam proses penyelenggaraan...Insya-Allah akan dinaiktaraf dalam masa terdekat.

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2012 INI.

Thursday, April 29, 2010

MERENTAS DESA SK LIMBUAK 2010



Sekolah sekali lagi menyertai pertandingan merentas desa tahun kedua anjuran SK Limbuak Banggi yang diadakan pada 29 April 2010. Pertandingan kali ini disertai oleh lebih kurang 70 orang pelajar daripada 5 buah sekolah yang menyertai. Sekolah menghantar 10 orang peserta dengan 5 lelaki dan 5 perempuan. Kejohanan merentas desa yang kali ini dirasmikan oleh En.Anuar Ismail, Ketua unit Sains & Matematik PPD Kudat mewakili pegawai pelajaran Kudat diserikan dengan pertandingan tarik tali 3 penjuru antara ibu bapa dan guru-guru serta lawatan ke menara Bonggi yang dibina di perkarangan sekolah tersebut.

Dalam pertandingan yang lepas, sekolah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara perempuan. Malangnya pada tahun ini kita hanya mampu mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki. Akan tetapi kesemua peserta sekolah yang diiringi oleh Cikgu Armas Malanu, Cikgu Jumat Tangkoko dan Ust. Mohd Haafiz berjaya mendapat tepat dalam senarai 20 pelari terbaik. Hanya seorang sahaja yang tidak berjaya mendapat tempat. Semoga kejohanan akan datang peserta kita akan lebih menonjol dan mengharumkan nama sekolah.

Lelaki - Mohd Ruslee Saiduna(3), Maslan Ali Osman(6), Halifatul Muslimin(8), Arman Alban(11), Zazilin(18)
Perempuan - Nurnadilla Tuarah(15), Norsila Amin(16), Darnie Isnirin(17), Haslizah Hercules(20), Inah Shapree

Saturday, April 17, 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU




17 APRIL 2010

Untuk kesekian kalinya, Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Batu Layar telah mengadakan Kem Bestari solat fasa satu bagi pelajar sasaran tahun satu. Dengan penyertaan semua pelajar tahun satu seramai 19 orang, 4 kumpulan telah dibahagikan kepada 4 orang fasilitator yang terdiri dari guru-guru yang mengajar tahun satu iaitu Cg. Rahimah, Cg. Fatimah, Cg. Monalinda dan Ust. Haafiz.

Kem tersebut mengajar kepada pelajar tatacara berwuduk yang betul serta rukun perbuatan dalam solat. Walaupun agak ringkas akan tetapi ia amat sesuai dengan tahap kemampuan penerimaan pelajar tahun satu ini. Kesannya dapat dilihat dalam praktikal yang dilakukan serta kuiz yang diadakan diakhir kem. Pelajar tampak bersemangat dan menjawab dengan rasa yakin dan gembira.

Kem ini juga diserikan lagi dengan ucapan semangat dari guru besar yang berharap agar pelajar dapat mengambil manafat sepanjang bersama guru-guru pengajar dan mempraktikkannya di rumah serta di mana sahaja mereka berada. InsyaAllah jika tiada halangan, semester kedua akan menyusul Kem Bestari Solat fasa 2 bagi tahun dua pula.

Saturday, April 3, 2010

MSSM KUDAT 2010



23-26 MAC 2010

Bersempena MSSM peringkat daerah Kudat yang lalu, MSS zon Banggi juga telah menghantar peserta hasil pemilihan dari MSSD Banggi baru-baru ini. Sekolah kita tidak ketinggalan dari disenaraikan apabila olahragawan 2010 Mohd Ali Hercules, pemenang pingat emas lompat jauh Mohd Hairul Amat dan atlet pecut perempuan Emiliah bt Tuarah telah menyertaim MSSM kali ini dengan diiringi oleh Ust Mohd Haafiz.

Boleh dibanggakan apabila Zon Banggi berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan menduduki tempat ke-4 daripada 8 zon yang bertanding serta merupakan kejayaan emas pertama dikecapi selepas hampir 11 tahun tidak mendapat sebarang pingat. Walaupun pelajar kita tidak memenangi sebarang pingat dalam MSSM kali ini, namun mereka tetap memberikan saingan kerana rata-rata mereka ini berjaya masuk sehingga ke peringkat akhir. Semoga pada masa akan datang Banggi akan mampu melahirkan lebih ramai atlet yang berkaliber dan berjaya.